Senarai Perosak Untuk Tanaman Kelapa Yang Boleh Menjejasi Bahagian Pokok
GambarPeneranganTeknik
Kenalpasti
Dewasa betina bertelur di bahagian yang luka atau cedera disebabkan oleh serangan kumbang badak, aktiviti manusia atau lain-lain faktor. Larva memakan pucuk sehingga menyebabkan pokok mati. Simptom tidak kelihatan diperingkat awal serangan kerana ianya hanya disedari setelah serangan diperingkat teruk Pucuk yang diserang menjadi reput dan mudah tercabut. Pokok yang diserang kebiasaannya akan patah dibahagian crown/pucuk dan meninggalkan batang sahaja. Keseluruhan kitaran hidup kumbang RPW adalah berada didalam pokok dan hanya akan keluar untuk mencari tempat untuk membiak setelah pokok mati. Lihat
Kumbang dewasa mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepah membesar, daun kelapa akan membentuk seperti kipas Serangan teruk boleh menyebabkan air bertakung dalam lubang yang dikorek dan mendedahkan pucuk terhadap serangan kumbang jalur merah. Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput, bahan organim ataupun sampah sarap. Larva (grub) akan hidup dalam bahan ini sehingga menjadi pupa. Lihat
Keputusan Yang Ditemui:2