Maklumat Perosak

Kumbang Merah Palma (Red Palm Weevil) - Rhynchophorus spp.

Tanaman Yang Terjejas:Kelapa

Penerangan

Dua spesies kumbang merah palma iaitu Rhynchophorus vulneratus - RPW rv (ada di Sabah) dan Rhynchophorus ferrugineus - RPW rf (tiada di Sabah) merupakan serangga perosak utama yang menyerang pelbagai spesies palma seperti kelapa, kelapa sawit, kurma dan pinang. Larva kumbang ini mengorek serta memakan tisu lembut di bahagian batang dan pucuk palma, menyebabkan kerosakan dalaman yang serius. Serangan awal sukar dikesan kerana kebanyakan aktiviti perosak berlaku di dalam batang. Pokok yang diserang biasanya menunjukkan simptom seperti pelepah layu, daun muda rosak atau patah, lubang pada batang yang mengeluarkan cecair berbau busuk, serta kehadiran sisa makanan (frass). Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok menjadi lemah, tumbang, dan akhirnya mati jika tidak dikawal dengan segera.
 
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
  • Elakkan kecederaan pada batang pokok kerana ia menarik perosak.
  • Musnahkan pokok yang telah dijangkiti teruk.
  • Gunakan perangkap feromon untuk pemantauan populasi dewasa.
  • Lakukan pemeriksaan berkala pada batang dan pangkal pokok.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
  • Suntikan racun serangga seperti methamidophos ke dalam batang pokok.
  • Apabila menggunakan racun perosak, patuhi arahan label termasuk kadar dos, masa aplikasi dan langkah keselamatan.
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Pokok Dewasa betina bertelur di bahagian yang luka atau cedera disebabkan oleh serangan kumbang badak, aktiviti manusia atau lain-lain faktor. Larva memakan pucuk sehingga menyebabkan pokok mati. Simptom tidak kelihatan pada peringkat awal serangan kerana ia hanya disedari setelah serangan pada peringkat teruk, pucuk yang diserang menjadi reput dan mudah tercabut. Pokok yang diserang kebiasaannya akan patah di bahagian crown/pucuk dan meninggalkan batang sahaja. Keseluruhan kitaran hidup kumbang RPW adalah berada di dalam pokok dan hanya akan keluar untuk mencari tempat untuk membiak setelah pokok mati. Lihat
Pokok
  • Daun muda atau pelepah menjadi layu dan menguning secara beransur-ansur.
  • Pelepah mudah patah atau rebah akibat kerosakan dalaman pada batang dan pucuk.
  • Lubang pada batang atau pangkal pelepah yang menjadi tempat keluar masuk larva dan kumbang dewasa.
Lihat