Maklumat Perosak
Rhinoceros beetle/Kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros)
Tanaman Yang Terjejas:Kelapa
Penerangan
Kumbang badak menyerang pucuk muda pokok kelapa dengan mengorek dan memakan tisu lembut di bahagian tengah (spear leaf). Serangan menyebabkan daun muda menjadi berlubang, rosak dan boleh mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut atau mati jika serangan teruk.
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
- Musnahkan tempat pembiakan seperti batang kelapa reput, tunggul dan sisa organik di kawasan ladang.
- Gunakan perangkap feromon untuk memantau serta mengurangkan populasi kumbang dewasa.
- Pasang jaring serangga di sempadan ladang bagi menghalang kemasukan perosak ke kawasan tanaman.
- Gunakan bunjut ubat gegat sebagai bahan penghalau kerana baunya dapat mengurangkan serangan kumbang badak kelapa (CRB).
- Gunakan kawalan biologi seperti kulat entomopatogen Metarhizium anisopliae untuk mengawal populasi perosak.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
- Semburan atau aplikasi racun serangga seperti methamidophos pada kawasan serangan berdasarkan dos disyorkan.
- Apabila menggunakan racun perosak, patuhi arahan label termasuk kadar dos, masa aplikasi dan langkah keselamatan.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Pokok | Kumbang dewasa mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepah membesar, daun kelapa akan membentuk seperti kipas Serangan teruk boleh menyebabkan air bertakung dalam lubang yang dikorek dan mendedahkan pucuk terhadap serangan kumbang jalur merah. Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput, bahan organim ataupun sampah sarap. Larva (grub) akan hidup dalam bahan ini sehingga menjadi pupa. | Lihat |
