Maklumat Perosak
Ulat gulung daun (Banana leafroller) - Erionata thrax
Tanaman Yang Terjejas:Pisang
Penerangan
- Ulat aktif pada waktu malam.
- Ulat berwarna hijau pucat atau kuning kehijauan.
- Pada waktu siang, ulat bersembunyi di dalam gulungan daun mengelakkan pemangsa.
Pengurusan Perosak
- Amalan pertanian baik.
- Memusnahkan daun yang digulung untuk mengurangkan populasi ulat.
- Menggunakan pemangsa semula jadi seperti Trichogramma spp. yang menyerang telur dan larva, serta serangga pemangsa seperti labah-labah, semut dan kumbang. Semburan Bacillus thuringiensis juga berkesan dan selamat untuk mengawal ulat perosak daun.
- Penggunaan racun kimia mengikut syor dalam label.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Daun | Ulat menggulung daun pisang menyebabkan kerosakan pada daun, seterusnya daun menjadi kering dan kekuningan. |
Lihat |
