Maklumat Perosak
Kumbang pengorek umbisi (Banana weevil) - Cosmopolites sordidus
Tanaman Yang Terjejas:Pisang
Penerangan
- Serangan oleh larva (peringkat utama merosakkan).
- Larva menetas dari telur yang diletakkan pada pangkal batang pisang atau pada sisa tanaman pisang, kemudian mengorek masuk ke dalam batang bawah atau rizom (umbi batang) yang menyebabkan kerosakkan pada tisu vascular.
- Kumbang dewasa memakan permukaan batang serta aktif pada waktu malam dan bersembunyi di celah pelepah pisang pada siang hari
- Dianggap sebagai perosak paling serius dalam penanaman pisang di Malaysia.
Pengurusan Perosak
- Amalan pertanian baik.
- Buang dan musnahkan sisa tanaman yang diserang untuk mengurangkan sumber perosak.
- Meletakkan perangkap seperti batang pisang yang dibelah dua untuk memerangkap kumbang untuk dimusnahkan.
- Penggunaan racun kimia mengikut syor dalam label.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Umbisi | Peringkat larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran dengan tanah. la tidak menyerang pada akar. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Akibatnya akar baru tidak akan tumbuh. | Lihat |
![]() |
Daun | Peringkat larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran dengan tanah. la tidak menyerang pada akar. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Akibatnya akar baru tidak akan tumbuh. Serangan teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bahagian tengah terbantut. Anak pokok yang diserang akan mati jika serangannya merebak sehingga ke bahagian pucuk. Pokok yang diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa. | Lihat |

