Maklumat Perosak

Penyakit Merah Virus (Tungro)

Tanaman Yang Terjejas:Padi

Penerangan

 
Penyakit Merah Virus (Tungro) disebabkan oleh gabungan dua virus iaitu 'Rice tungro spherical virus' (RTSV) dan 'Rice tungro bacilliform virus' (RTBV). Penyakit ini disebarkan oleh bena hijau yang memakan tanaman yang dijangkiti virus tungro. Penyakit ini boleh berlaku pada semua peringkat pertumbuhan tanaman padi.
 
Langkah Kawalan
 
  • Musnahkan tunggul padi dan rumpai yang dijangkiti.
  • Laksanakan penanaman secara serentak dan elakkan penggunaan baja nitrogen yang berlebihan.
  • Gunakan varieti tanaman yang tahan terhadap penyakit ini atau terhadap vektor serangga.
  • Kawal serangga vektor iaitu bena hijau menggunakan kaedah kawalan secara bersepadu. 
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Daun Daun yang diserang berwarna kuning muda hingga kuning jingga. Daun muda menjadi 'mottled' dan berwarna hijau pucat keputihan di antara urat daun.  Lihat
Pokok
  • Pokok terbantut. 
  • Lambat berbunga
  • Pengeluaran tangkai tidak sempurna
Lihat