Maklumat Perosak

Penyakit Karah (Pycularia oryzae)

Tanaman Yang Terjejas:Padi

Penerangan

Pycularia oryzae adalah kulat yang menyebabkan Karah daun dan Karah Tangkai pada padi. Penyakit Ini adalah penyakit yang paling serius dalam penanaman padi. Ia adalah kulat fitopatogenik berfilamen yang menjadi nekrotropik yang memusnahkan tisu tumbuhan.
 
Kawalan
 
  • Amalkan Amalan Pertanian yang Baik di ladang.
  • Bersihkan kawasan sawah dari rumpai dengan menebas, membakar semua jerami padi dan tunggul.
  •  Gunakan biji yang sihat dengan mengikuti kadar yang disarankan (120kg / ha).
  • Rawat benih dengan racun kulat seperti benomil (4g / kg biji) atau captan (2g / kg biji).
  • Gunakan baja nitrogen pada kadar yang disyorkan (120 kg N/ha) dan secara berperingkat dengan mengikut keperluan.
  • Gunakan baja silika (kadar yang disarankan 50-75 kg / ha) sebagai baja asas untuk mengurangkan jangkitan penyakit.
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Daun Bintik daun berbentuk lonjong dan tajam di kedua-dua hujung. Bahagian tepi berwarna perang kemerahan dengan tengahnya berwarna kelabu keputihan.  Lihat
Batang Jangkitan juga boleh berlaku pada buku batang padi dan pangkal tangkai padi yang menyebabkan penyakit reput tangkai. Serangan penyakit reput tangkai di peringkat awal pembentukan bulir boleh menyebabkan padi sambang. Lihat