Maklumat Perosak

Kumbang Badak (Coconut Rhinoceros Beetle) - Oryctes rhinoceros

Tanaman Yang Terjejas:Kelapa

Penerangan

Kumbang badak dewasa menyerang bahagian umbut dan pucuk muda pokok kelapa dengan mengorek dan memakan tisu lembut di bahagian tengah (spear leaf). Serangan menyebabkan daun muda menjadi berlubang, rosak dan boleh mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut atau mati jika serangan teruk.
 
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
  • Musnahkan tempat pembiakan seperti batang kelapa reput, tunggul dan sisa organik di kawasan ladang.
  • Gunakan perangkap feromon untuk memantau serta mengurangkan populasi kumbang dewasa.
  • Pasang jaring serangga di sempadan ladang bagi menghalang kemasukan perosak ke kawasan tanaman.
  • Gunakan bunjut ubat gegat sebagai bahan penghalau kerana baunya dapat menghalau CRB.
  • Kulat entomopatogen Metarhizium anisopliae untuk mengawal populasi perosak.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
  • Semburan atau aplikasi racun serangga seperti methamidophos 
  • Apabila menggunakan racun perosak, patuhi arahan label termasuk kadar dos, masa aplikasi dan langkah keselamatan.
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Perosak
  • CRB dewasa
Lihat
Batang
  • CRB mengorek dan memakan umbut kelapa
Lihat
Pelepah
  • Terdapat lubang dan terowong pada pelepah akibat aktiviti pengorek oleh kumbang dewasa.
  • Terdapat fiber lembab pada pangkal pelepah menunjukan serangan baru
Lihat
Daun
  • Daun muda yang baru terbuka menunjukkan potongan berbentuk "V" atau segi tiga.
  • Daun muda kelihatan koyak, tercarik atau tidak sempurna apabila berkembang.
Lihat
Kitaran Hidup Kitaran hidup kumbang badak Lihat