Maklumat Perosak
Nematoda parasit tanaman
Tanaman Yang Terjejas:Pisang
Penerangan
Nematoda parasitik pada tanaman pisang di Malaysia trmasuk Pratylenchus reniformis, Melodogyne incognita, Helicothylenchus spp., Radopholus spp., Pratylenchus spp. Nematoda parasitik ini mendapatkan makanan daripada tisu kortikal akar. Aktiviti patogen ini menyebakan kerosakan pada akar tanaman yang dijangkiti dan menjejaskan pengambilan air dan nutrien. Tanaman yang terjejas dengan teruk adalah terbantut dan kurus serta daun kekuningan dengan garisan berwarna hijau-kekuningan di sepanjang daun. Tidak ada kaedah yang berkesan untuk mengawal penyakit ini oleh itu pokok yang dijangkiti harus dihapuskan dengan segera. Tanah dan tanaman yang dijangkiti adalah dilarang untuk di bawa daripada kawasan ini.Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
---|---|---|---|
![]() |
Daun | Daun kekuningan dan mempunyai garisan berwarna hijau-kekuningan. | Lihat |
![]() |
Akar | Akar yang dijangkiti mempunyai kesan luka dan tisu-tisu yang mati. | Lihat |
![]() |
Pokok | Pokok pisang yang dijangkiti adalah terbantut dan kurus dengan daun yang menguning. Pokok yang teruk dijangkiti menjadi layu walaupun dalam cuaca yang kurang panas serta mudah tumbang. | Lihat |