Maklumat Perosak
Hama Merah (Red spider mite) - Oligonchus perseae
Tanaman Yang Terjejas:Avokado
Penerangan
Hama merah merupakan ancaman serius bagi pokok avokado boleh menyebabkan keguguran daun dan penurunan hasil buah.
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
- Pastikan pokok avokado mendapat pengairan dan nutrien yang mencukupi untuk meningkatkan daya tahan terhadap serangan hama.
- Hapuskan tumbuhan perumah alternatif seperti rumpai yang boleh menjadi tempat pembiakan hama.
- Memangkas dan memusnahkan bahagian tumbuhan yang diserang untuk mengelakkan penyebaran.
- Pemangsa Semula Jadi: Menggalakkan kehadiran pemangsa semula jadi seperti kumbang Stethorus picipes yang diketahui berkesan dalam mengawal populasi tungau pada pokok avokado.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
- Menggunakan racun serangga yang sesuai untuk mengawal populasi hama merah. Sebagai contoh, yang mengandungi bahan aktif fenpyroximate boleh digunakan mengikut dos yang disyorkan.
- Semasa menggunakan racun perosak, sentiasa memakai pakaian pelindung dan mematuhi arahan pada label produk, termasuk kadar dos yang disyorkan, masa aplikasi yang sesuai, serta tempoh pra-tuai sebelum hasil dituai.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Morfologi | Hama Merah (Red spider mite) - Oligonchus perseae | Lihat |
![]() |
Daun | Simptom : · Bintik-bintik kecil berwarna coklat tua hingga kehitaman tersebar di seluruh permukaan daun. · Warna daun menguning secara tidak sekata, bermula dari sekitar bintik. · Daun kelihatan kering di kawasan bintik, dan kadangkala mula menggulung. · Dilihat dari bahagian bawah daun, kawasan sekitar urat utama daun sering menjadi tempat pembiakan hama |
Lihat |

