Maklumat Perosak

Koya merah jambu (Pink mealybug) - Dysmicoccus brevipes

Tanaman Yang Terjejas:Nanas

Penerangan

Koya merah jambu (Dysmicoccus brevipes) salah satu perosak utama tanaman nanas. Perosak ini menghisap cecair daripada daun, batang, akar dan buah, menyebabkan pokok menjadi lemah serta pertumbuhannya terbantut. Koya juga menghasilkan madu (honeydew) yang menggalakkan pertumbuhan kulapuk jelaga, sekali gus mengurangkan kadar fotosintesis. Selain itu, koya merah jambu merupakan pembawa Virus Layu Koya Nenas (Pineapple Mealybug Wilt-Associated Virus, PMWaV) yang boleh menyebabkan penyakit layu pada tanaman nanas.
 
Pengurusan perosak Bersepadu (IPM)
  • Amalan pertanian baik.
  • Gunakan bahan tanaman yang bebas daripada serangan koya.
  • Lakukan pemeriksaan secara berkala, terutama pada pangkal daun, akar dan buah.
  • Musnahkan pokok atau bahagian tanaman yang diserang dengan teruk.
  • Bersihkan kawasan kebun dan kawal rumpai yang boleh menjadi perumah alternatif.
  • Pelihara dan galakkan musuh semula jadi seperti kumbang kura-kura (Cryptolaemus montrouzieri), kumbang ladybird, lacewing dan tebuan parasitoid yang menyerang koya.
  • Kurangkan penggunaan racun serangga secara berlebihan bagi memelihara populasi musuh semula jadi
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
  • Menggunakan bahan kimia mengikut syor  dalam label, contoh malathion dan dimethoate.
  • Semburan hendaklah ditumpukan pada bahagian yang menjadi tempat persembunyian koya seperti celah daun, pangkal daun dan pangkal buah.
  • Apabila menggunakan racun perosak, sentiasa pakai pakaian pelindung dan patuhi arahan pada label produk, termasuk kadar dos yang disyorkan, masa aplikasi yang sesuai, serta tempoh pra-tuai sebelum hasil dituai.
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Buah
  • Terdapat kehadiran koya di pangkal buah disertai kulapuk jelaga dan kehadiran semut
Lihat
Perosak Koya Merah Jambu Lihat
Daun
  • Koya juga boleh menjadi vektor kepada Penyakit Layu Koya Nanas (Pineapple Mealybug Wilt) yang menyebabkan daun kemerahan, melengkung ke bawah dan akhirnya layu.
Lihat