Maklumat Perosak
Lalat buah (Fruit fly) - Bactrocera spp.
Tanaman Yang Terjejas:Avokado
Penerangan
Lalat buah (Diptera: Tephritidae) merupakan serangga perosak utama bagi tanaman buah-buahan. Serangga ini bertelur di dalam buah sama ada pada peringkat muda atau matang, dan larvanya akan berkembang di dalam buah tersebut. Serangan larva boleh merosakkan isi buah, menyebabkan pembusukan, serta menurunkan kualiti hasil buah.
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
- Kumpulkan buah yang menunjukkan simptom serangan serta buah yang gugur.
- Tanam buah tersebut dalam lubang yang dalam bagi mengelakkan penyebaran perosak.
- Amalkan pembungkusan buah untuk melindungi buah daripada serangan lanjut.
- Menggunakan Fopius arisanus, parasitoid hymenoptera (Kawalan biologi)
Kawalan kimia (Jika Perlu)
- Semburan racun serangga yang sesuai (contohnya, malathion, spinosad, fipronil) dicampur dengan umpan protein (methyl eugenol) berdasarkan dos yang disyorkan.
- Umpan menggunakan feromon methyl eugenol untuk menarik lalat buah jantan.
- Apabila menggunakan racun perosak, sentiasa pakai pakaian pelindung dan patuhi arahan pada label produk, termasuk kadar dos yang disyorkan, masa aplikasi yang sesuai, serta tempoh pra-tuai sebelum hasil dituai.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Morfologi | Lalat buah Bactrocera spp. | Lihat |
![]() |
Buah | Simptom serangan lalat buah pada buah avokado; 1. Pembentukan buah terbantut 2. Buah muda gugur 3. Lubang kecil pada kulit buah (lalat buah bertelur) 4. Terdapat larva di dalam buah 5. Cairan atau residu keluar dari buah |
Lihat |

