Maklumat Perosak

Bena perang (Brown planthopper) - Nilaparvata lugens

Tanaman Yang Terjejas:Padi

Penerangan

Bena perang ialah perosak utama padi di Asia yang membiak dengan cepat. Betina bertelur pada upih atau daun secara berkelompok. Dewasa berwarna perang dan mempunyai dua bentuk, iaitu makroptera (bersayap panjang) dan brachyptera (bersayap pendek).Perosak ini menghisap cecair pada pangkal pokok padi hingga menyebabkan “hopper burn” serta boleh menyebarkan penyakit virus padi.
 
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
  • Elakkan penggunaan baja nitrogen secara berlebihan.
  • Pantau populasi bena perang secara berkala di sawah.
  • Kekalkan musuh semula jadi seperti labah-labah dan kumbang pemangsa.
  • Gunakan varieti tahan jika ada dan laksanakan penanaman serentak.
  • Elakkan penggunaan racun serangga secara tidak terkawal yang boleh membunuh musuh semula jadi.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
  • Semburan racun serangga seperti buprofezin, pymetrozine atau imidacloprid berdasarkan dos yang disyorkan.
  • Semburan racun serangga dilakukan pada pangkal pokok padi.
  • Apabila menggunakan racun perosak, sentiasa pakai pakaian pelindung dan patuhi arahan pada label produk, termasuk kadar dos yang disyorkan, masa aplikasi yang sesuai, serta tempoh pra-tuai sebelum hasil dituai.
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Morfologi Bena perang (Nilaparvata lugens) Lihat
Batang
Simptom serangan Bena perang pada padi
  • Pokok menjadi kuning, layu dan kering secara bertompok (hopper burn).
  • Pertumbuhan padi terbantut dan boleh menyebabkan kemusnahan tanaman apabila serangan teruk.
  • Lokasi : Projek Penanaman Padi Sawit Kinabalu, Kg. Ongkilan
Lihat