Maklumat Perosak
Kumbang Koboi (Adoretus compressus / Apogonia sp.)
Tanaman Yang Terjejas:Durian
Penerangan
Perosak menyerang pucuk dan daun muda yang menyebabkan daun berlubang-lubang dalam bentuk yang tidak sekata. Kumbang kaboi menyerang pada waktu malam dalam bilangan yang banyak dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk terutama bagi pokok kecil. Aras serangan di ladang biasanya antara rendah hingga sederhana. Kumbang ini akan menyorok di bawah lapisan daun kering pada waktu siang. Serangan dapat dikurangkan dengan mengamalkan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM), membersihkan persekitaran ladang, dan dirawat dengan menyembur racun dengan bahan aktif Cypermethrin serta disusuli pencegahan dengan semburan cuka kayu setiap minggu.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Daun |
|
Lihat |
