Maklumat Perosak
Koya (Mealybug) - Planococcus pacifus
Tanaman Yang Terjejas:Durian
Penerangan
- Koya (Pseudococcidae: Hemiptera)
- Menyerang daun dan buah pada semua peringkat pertumbuhan pokok durian.
- Serangga dewasa dan nimfa menghisap cecair daripada tisu pokok dan mengeluarkan bahan buangan berbentuk manisan (“honeydew”) pada permukaan daun dan buah, yang menggalakkan pertumbuhan kulapuk hitam.
Pengurusan Perosak
- Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
- Bersihkan persekitaran ladang serta kutip dan hapuskan buah yang rosak.
- Cantas dan buang bahagian pokok yang diserang.
- Semburkan racun serangga seperti minyak putih, malathion atau dimethoate serta racun kulat seperti benomyl mengikut kadar yang disyorkan pada label.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Daun |
|
Lihat |
![]() |
Buah |
|
Lihat |

