Maklumat Perosak

Pengorek Biji Durian (Durian Seed Borer) - Mudaria magniplaga Walker

Tanaman Yang Terjejas:Durian

Penerangan

Sejenis perosak yang menyerang buah durian dengan mengorek dan memakan biji di dalam buah. Larva (ulat) masuk ke dalam buah dan membentuk terowong sehingga ke bahagian biji, menyebabkan kerosakan dalaman yang serius. Serangan biasanya berlaku pada buah yang sedang berkembang hingga hampir masak. Perosak ini sukar dikesan pada peringkat awal kerana kerosakan berlaku di dalam buah tanpa tanda luar yang jelas. Serangga ini merupakan sejenis kupu-kupu yang tergolong dalam famili Noctuidae dan oder Lepidoptera. Terdapat lubang serangan dan sisa buangan fras pada permukaan buah. Buah yang diserang biasanya akan busuk dan luruh.
 
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
  • Amalan Pertanian Baik (APB) 
  • Kutip dan musnahkan buah yang diserang atau gugur untuk mengurangkan sumber pembiakan.
  • Lakukan pemantauan kebun secara berkala, terutama pada musim berbuah.
  • Gunakan pembungkusan buah (fruit bagging) untuk menghalang rama-rama bertelur pada buah.
  • Kawal rumpai dan pastikan kebun bersih untuk mengurangkan habitat perosak.
  • Membersihkan persekitaran ladang serta mengutip buah yang rosak dan dihapuskan bagi mengelak serangga membiak pada buah yang rosak.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
  • Sembur racun seperti Deltamethrin /Cypermethrin/ Dimethoate mengikut kadar yang disyorkan pada label.
  • Semasa menggunakan racun perosak, sentiasa memakai pakaian pelindung dan mematuhi arahan pada label produk, termasuk kadar dos yang disyorkan, masa aplikasi yang sesuai, serta tempoh pra-tuai sebelum hasil dituai.
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Buah
  • Larva mengorek kulit buah, isi dan biji.
  • Di permukaan buah terdapat lubang serangan yang dipenuhi oleh butiran fras yang kasar dan basah.
  • Fras yang basah menunjukkan adanya larva yang hidup di dalam buah, sedangkan fras yang kering pula menunjukkan larva telah membentung kepompong atau telah muncul menjadi dewasa.
  • Buah yang diserang biasanya jadi busuk dan luruh.
Lihat