Maklumat Perosak

Red Palm Weevils (Rhynchophorus spp.)

Tanaman Yang Terjejas:Kelapa

Penerangan

Terdapat 2 spesis kumbang merah palma iaitu Rhynchophorus vulneratus dan Rhynchophorus ferrugineus. Kumbang merah palma merupakan perosak utama kelapa di Malaysia. Serangan kumbang merah palma selalunya berlaku selepas terdedah kepada kerosakan dilakukan oleh kumbang badak. Kesan luka dan kerosakan awal memberikan ruang untuk kumbang merah palma meletakkan telur. Kerosakan berlaku disebabkan aktiviti makan oleh larva di dalam pucuk dan pangkal daun muda. 
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Pokok Dewasa betina bertelur di bahagian yang luka atau cedera disebabkan oleh serangan kumbang badak, aktiviti manusia atau lain-lain faktor. Larva memakan pucuk sehingga menyebabkan pokok mati. Simptom tidak kelihatan diperingkat awal serangan kerana ianya hanya disedari setelah serangan diperingkat teruk Pucuk yang diserang menjadi reput dan mudah tercabut. Pokok yang diserang kebiasaannya akan patah dibahagian crown/pucuk dan meninggalkan batang sahaja. Keseluruhan kitaran hidup kumbang RPW adalah berada didalam pokok dan hanya akan keluar untuk mencari tempat untuk membiak setelah pokok mati. Lihat