Maklumat Perosak
Kumbang Badak (CRB) - Oryctes rhinoceros
Tanaman Yang Terjejas:Kelapa
Penerangan
Kumbang badak adalah perosak utama tanaman kelapa dan kelapa sawit. Kumbang dewasa mengorek masuk ke dalam pucuk dan pangkal daun muda sambil memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila serangan berlaku pada peringkat kelapa muda, pokok akan terbantut dan mati.
Pengurusan Perosak
1. Amalan Pertanian Baik
2. Kawalan Kultur (Cultural Control)
- Buang dan musnahkan sisa tanaman (seperti batang kelapa/palma reput) yang boleh menjadi tempat pembiakan kumbang.
- Tanam penutup bumi (contohnya kekacang) untuk mengurangkan kelembapan berlebihan dan bahan reput di kawasan ladang.
- Pemantauan berkala di kawasan pucuk muda untuk mengesan tanda serangan awal
3. Kawalan Mekanikal / Fizikal
- Perangkap feromon (pheromone trap) digunakan untuk menarik kumbang dewasa ke dalam perangkap. Feromon ethyl 4-methyloctanoate adalah feromon utama yang digunakan.
4. Kawalan Biologi
- Penggunaan kulat patogenik seperti Metarhizium anisopliae:
- Menyerang kumbang dan larva secara semula jadi.
- Penggunaan virus nudivirus (Oryctes nudivirus)
- Menyebabkan penyakit pada larva dan kumbang dewasa.
- Biasanya digunakan di kawasan yang sukar dikawal secara fizikal.
5. Kawalan Kimia (sebagai langkah terakhir)
- Racun serangga seperti cypermethrin boleh digunakan, tetapi perlu berhati-hati agar tidak mencemarkan alam sekitar.
- Biasanya disembur pada bahagian pucuk muda atau kawasan yang aktif diserang.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Pokok | Kumbang dewasa mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepah membesar, daun kelapa akan membentuk seperti kipas Serangan teruk boleh menyebabkan air bertakung dalam lubang yang dikorek dan mendedahkan pucuk terhadap serangan kumbang jalur merah. Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput, bahan organim ataupun sampah sarap. Larva (grub) akan hidup dalam bahan ini sehingga menjadi pupa. | Lihat |
