Maklumat Perosak
Kesing (Rice ear bug) - Leptocorisa oratorius
Tanaman Yang Terjejas:Padi
Penerangan
Pianggang atau kesing merupakan perosak utama padi. Serangga ini bertelur pada permukaan daun secara berbaris, telur berwarna coklat gelap dan mengambil masa sekitar 7 hari untuk menetas menjadi nimfa. Serangga ini menyerang padi pada peringkat pengisian biji dengan menghisap cecair daripada biji yang sedang matang, menyebabkan biji menjadi hampa, berkualiti rendah serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
- Kawalan rumpai yang menjadi perumah seperti rumput sambau dan padi angin.
- Lakukan penanaman dan penuaian serentak bagi mengurangkan populasi perosak.
- Menggunakan perangkap cahaya untuk menarik dan memantau kehadiran serangga dewasa.
- Parasitoid telur Gryon nixoni serta pemangsa seperti labah-labah merupakan musuh semula jadi kepada kesing/pianggang.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
- Semburan racun serangga seperti fipronil atau lambda-cyhalothrin berdasarkan dos yang disyorkan.
- Semburan racun serangga dilakukan dari peringkat berbunga dan susu.
- Apabila menggunakan racun perosak, sentiasa pakai pakaian pelindung dan patuhi arahan pada label produk, termasuk kadar dos yang disyorkan, masa aplikasi yang sesuai, serta tempoh pra-tuai sebelum hasil dituai.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Pokok | Simptom serangan kesing pada padi
|
Lihat |
![]() |
Perosak | Dewasa kesing Leptocorisa oratorius | Lihat |

