Maklumat Perosak
Ulat Pengorek Batang (Stem borer) - Scirpophaga incertulas /Chilo spp.
Tanaman Yang Terjejas:Padi
Penerangan
Serangga ini ialah Pengorek Batang Kepala Hitam ia adalah jenis kupu-kupu yang tergolong dalam famili Crambidae. Edward Meyrick (1932) menyatakan bahawa spesis ini terdapat di India, Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam dan Indonesia. Lebar sayap kupu-kupu ini adalah 16-25mm, berwarna kuning dan coklat dengan tompok-tompok kecil yang gelap. Larva ulat pengorek batang menyerang bahagian batang padi dengan mengorek masuk ke dalam batang. Serangan pada peringkat vegetatif menyebabkan simptom “mati pucuk” manakala pada peringkat pengisian biji menyebabkan simptom “white head” iaitu tangkai padi kosong dan berwarna putih.
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
- Gunakan varieti padi yang tahan serangan jika tersedia.
- Musnahkan tunggul dan sisa tanaman selepas menuai.
- Laksanakan penanaman serentak bagi mengurangkan sumber makanan perosak.
- Pasang perangkap feromon untuk pemantauan populasi rama-rama dewasa.
- Galakkan musuh semula jadi seperti parasitoid telur dan labah-labah.
Kawalan Kimia (Jika Perlu)
- Semburan racun serangga seperti chlorantraniliprole, fipronil atau cartap hydrochloride berdasarkan dos yang disyorkan.
- Apabila menggunakan racun perosak, sentiasa pakai pakaian pelindung dan patuhi arahan pada label produk, termasuk kadar dos yang disyorkan, masa aplikasi yang sesuai, serta tempoh pra-tuai sebelum hasil dituai.
| Gambar | Bahagian Tanaman | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|---|
![]() |
Buah | Serangan pengorek batang menyebabkan tangkai padi menjadi putih dan hampa sehingga membentuk gejala “white head” atau “bulu ayam” akibat gangguan terhadap aliran nutrien dalam pokok padi. |
Lihat |
![]() |
Perosak | Dewasa Pengorek batang Scirpophaga incertulas /Chilo spp. | Lihat |
| Batang | Simptom serangan Pengorek batang padi
|
Lihat |

