Maklumat Perosak

Layu Bakteria (Ralstonia solanacearum species complex)

Tanaman Yang Terjejas:Pisang

Penerangan

Ralstonia solanacearum spesis kompleks adalah bakteria bawaan tanah, aerob tanpa spora dan gram-negatif yang menyebabkan penyakit tanaman. Bakteria ini menjangkiti zailem menyebabkan penyakit layu pada tanaman pisang. Tanaman yang dijangkiti harus dihapuskan dengan segera. Belum ada kaedah yang berkesan untuk mengawal penyakit ini. Oleh itu untuk penanaman di kawasan baharu gunakan bahan tanaman yang bebas penyakit.
GambarBahagian
Tanaman
PeneranganTeknik
Kenalpasti
Batang Batang menunjukkan perubahan warna pada tisu vaskular. Bahagian batang yang di potong jika direndam dalam air jernih dalam bekas lutsinar atau kaca menunjukkan juraian ooz bakteria. Lihat
Pokok Pokok pisang yang dijangkiti penyakit bakteria mempunyai simtom kekuningan dan layu dengan buah dan isi buah yang berubah warna. Lihat
Daun Daun muda menguning dan layu. Lihat