Senarai Perosak Untuk Tanaman Padi Yang Boleh Menjejasi Bahagian Daun
| Gambar | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|
Nama Perosak: Bintik Perang Tirus (Cercospora oryzae) | ||
![]() |
Lesion yang pendek, lurus dan halus (lebih kurang 2-20 mm panjang dan 1 mm lebar) berwarna coklat keperangan pada permukaan daun. Lesion in juga terdapat pada seludang daun, pedikel, glume atau rice hull. | Lihat |
Nama Perosak: Bintik Perang (Cochliobolus miyabeanus) | ||
![]() |
Bintik bulat bujur di permukaan daun, saiz seperti bijan bergaris pusat 8*15 mm, berwarna perak coklat. Bahagian tengah bintik menjadi kelabu keputihan apabila bintik terbentuk sepenuhnya. Bintik juga terdapat pada glumes-kelihatan bintik perang gelap ataupun hitam pada glumes. Bintik perang terdapat pada keleoptil, batang, seludang daun, tangkai panikel dan akar pokok semakin matang. | Lihat |
Nama Perosak: Penyakit Karah (Pycularia oryzae) | ||
![]() |
Bintik daun berbentuk lonjong dan tajam di kedua-dua hujung. Bahagian tepi berwarna perang kemerahan dengan tengahnya berwarna kelabu keputihan. | Lihat |
Nama Perosak: Penyakit Merah Virus (Tungro) | ||
![]() |
Daun yang diserang berwarna kuning muda hingga kuning jingga. Daun muda menjadi 'mottled' dan berwarna hijau pucat keputihan di antara urat daun. | Lihat |
Nama Perosak: Hawar Daun Bakteria (Xanthomonas campestris pv. oryzae) | ||
![]() |
Kecederaan bermula di tepi hujung daun. Warnanya hijau pucat ke hijau kelabu, yang kemudiannya bertukar menjadi putih dan kemudian kuning. Garisan kecederaan tidak sama. Hujung daun menjadi kering dan bergulung ke dalam. | Lihat |
Keputusan Yang Ditemui:5




