Senarai Perosak Untuk Tanaman Durian Yang Boleh Menjejasi Bahagian Batang
| Gambar | Penerangan | Teknik Kenalpasti |
|---|---|---|
Nama Perosak: Pengorek Batang (Synanthedon sp.) | ||
![]() |
|
Lihat |
Nama Perosak: Alga Trentepohlia (Trentepohlia spp.) | ||
![]() |
Batang dan dahan diselaputi oleh lapisan berwarna oren keemasan terang pada bahagian kulit pokok yang terdedah kepada cahaya matahari. Bagi pokok yang terlindung atau batang lembap, alga ini akan berwarna hijau keputihan. Ini akan mengganggu pengeluaran buah dan bunga. | Lihat |
Nama Perosak: Kulat Phytopthora (Phytophthora palmivora) | ||
![]() |
Berlakunya lesion pada permukaan kulit kayu dan damar yang mengalir berwarna coklat kemerahan. Jangkitan bermula pada bahagian batang dan bergerak ke atas. Apabila kulit dikikis, tisu pada batang kelihatan kemerahan dan ranting akan layu dan kering diikuti dengan kematian dahan pada bahagian atas. | Lihat |
Nama Perosak: Liken (Parmelia sp.) | ||
![]() |
Infestasi akan berlaku pada batang. dahan dan daun. Tompok-tompok putih kehijauan akan kelihatan pada batang yang diserang. Jika serangan teruk, kulit pokok akan terbelah. Ini akan memberikan kesan kepada pengeluaran bunga dan buah durian. | Lihat |
Nama Perosak: Cendawan angin (Corticium salmonicolor) | ||
![]() |
Pada peringkat awal, miselium berwarna putih pada kulit dahan atau ranting akan kelihatan. Miselium ini akan menjadi bebenang berwarna merah jambu dan lama-kelamaan ranting atau dahan yang dijangkiti akan mati dan meninggalkan lapisan miselium yang tebal berwarna merah jambu keputihan. | Lihat |
Keputusan Yang Ditemui:5




